TERIMA KASIH DAUN KELADI. KALAU TAK SUKA BOLEH PERGI MATI.

FOLLOWER

Sunday, February 02, 2014

iTU KAU LiPAS..



Dah lama sangat aku tinggal blog neh. Dan bila aku muncul je ada je cerita cerita yang tak masuk akal aku tulis. Kali ni aku malas nak kupas apa apa isu; just nak story sikit pasal diri sendiri (aku tahu banyak sangat yang melahar aku sebab aku tak update blog). Kali ni aku nak bercerita pasal B aku. mesti korang pelik kan sebab B tuh panggilan untuk TOP (husband) and sejak bila plak aku berhusband. Hahaha. Okehh, sebenarnya sekarang neh aku bawak role bottom, mean aku dah jadi bini orang. So, siapakah si B itu? Dan apa kaitan entry neh ngan serangga lipas??

B itu adalah lipas, dan lipas adalah B (lipas tuh nama timangan yang aku bagi kat dia –walaupon bunyi can menganjeng), dia plak panggel aku tikus, sometimes dia panggel aku tikus bukit bintang sebab dia impress ngan aku yang tahu selok belok lorong2 shortcut kat bukit bintang #B dah memang gila. Japp; siapakah dia si B lipas neh?? Dia adalah seorang lelaki straight (sumpah tak tipu) yang sudi kapel ngan aku. Nama, umur dan pic dia minta aku rahsiakan sebab dia taknak orang tahu (mesti korang fikir poyo kann??—mampus la poyo kea pa; ko hade??)

Tahu tak?? Aku jadi excited sangat tules entry kali neh sebab aku nak share benda2 yang aku fikir mungkin 10x indah dari apa yang pernah aku tulis dalam entry2 sebelum ni. Jujur aku cakap yang aku macam dah dapat rasa balik bahagia2 yang pernah aku rasa time aku ngan rio dulu (sorry kalau termention nama ko rio—this is just a comparison). Bahagia macam mana tu?? Bahagia bila segala yang pernah aku buat dulu terbalas dengan sesuatu yang demi Tuhan sangat indah. Kalau korang ingat entry dulu, aku pernah cerita yang aku gegeh bermusafir/berkelana/bergerak/berjourney dengan bas semata2 nak jumpa BF aku yangmana endingnya aku sakit hati (pengorbanan tak dihargai—cam pantat je bunyinya). Time dulu2 aku pernah naik bas dari johor ke KL untuk jumpa si E**T, pernah nek bas dari ganu ke KL nak jumpa si AF**Y, pernah nek bas dari cherating ke KL Sentral nak amek si R*O, pernah dari ipoh ke Bukit jalil nak lepas rendu kat si E**Y p**RC*, pernah dari ipoh ke KL by bus then tukar KTM ke Klang nak jumpa si *Af**, dan sebagainya; dan semua tu berakhir dengan kegagalan dalam perhubungan (cam jiwang pelik je ayat). Dan pada saat ini; pada tika ini.. ada seorang lelaki straight bernama B lipas nehh! Dia sudi drive kereta manual dari LENDU MELAKA ke Tanjung Rambutan Perak semata mata nak jumpa aku; katanya dia rindu aku sangat! What is that?? Aku, aku sebagai lelaki (meski bawak role bottom, aku still lelaki lahh pantat) rasa betul2 teruja, betul2 sebak dengan tindakan yang kiranya agak gila dari seorang student IPTA macam dia. At first, aku rasa cam dia tipu je nak datang; tapi dia datang jugak. Aku Tanya ko, kalau ada orang sudi datang dari jauh semata mata nak jumpa ko; apa perasaan ko?? Mesti gembira kann.. macam tu lah apa yang aku rasa. Rasa betul betul dihargai; rasa kasih saying yang tak mampu aku nak express dengan kata kata, mahupun dengan tulisan yang bertype nehh.. jujur cakap; aku rasa macam segala penat lelah, perit jerih aku berkorban untuk insan insan terdahulu berbuahkan bahagia bilamana aku tengok kereta B ada kat luar pagar kolej. Ternyata karma tu ada; penat lelah aku berbalas bahagia akhirnya.

B pada aku dah cukup lengkap dengan segala sifat yang aku perlukan. People says that PLU can be bit choosy, can go wild looking for new thing tapi pada aku, aku dah tak perlukan itu semua. Aku tak payah susah2 nak cari orang lain sebab dia dah cukup untuk aku. BTW, lupa aku nak cakap; bilamana aku dengan si lipas neh, aku akan jadi betul2 diri aku, means aku jadi tak hipokrit langsung bila nak bercakap, bila nak react, bila nak respon kat dia. Aku bebas jadi diri sendiri bila aku dengan dia. Tak perlu nak cover2 bercakap, tak perlu nak cover duduk sopan (sebab aku memang suka duk terkangkang dalam kete). Hahaha. Ermmmm; apa ag aku nak tules ehh?? Aku pon cam dah takde idea.. ehhh, lupa nak cakap; setakat hari ni 2 Feb 2014; dah 4 kali dia datang ke kolej aku sebab nak jumpa aku. Jujur cakap, takkan ada mana2 lelaki selama hidup aku yang sanggup berpenat lelah drive semata2 kemaruk rindukan aku. MUNGKIN ramai yang sanggup bersumpah, berjanji segala tapi last2 habuk pun tadak. Dan itu beza paling ketara Antara B aku si lipas straight neh dengan LELAKI GAYBOY tipikal kat luar sana. Actually, banyak sangat benda yang kitorang buat sekali; tapi macam terlalu banyak untuk aku cerita dalam satu entry (entry yang neh pom belum tentu ko nak baca habes kann??). Makanya, cerita2 len sal aku ngan Encik LIPAS menggong akan aku update dari masa kesemasa.
 
#disaat aku menules entry neh; mata macam berpasir teringat B yang mungkin tengah stuck kat Simpang Pulai atau mungkin GOPENG heading to Melaka. Orang risau B drive sorang2.

#terima kasih B. terimakasih sebab zahirkan segala maksud cinta, saying, dan kasih dalam satu bentuk tindakan yang orang boleh Nampak dengan mata kasar. Terima kasih jugak sebab TAK PERNAH jemu rindukan orang. B dah sentuh hati orang, dah sentuh segala pasal orang, dan kat sini orang nak cakap yang… ORANG BAHAGIA JADI MILIK B.
 
Dengan penuh rasa cinta dan kasih,
Koko Stellixir.
@Tanjung Rambutan, Ipoh Perak.
 
 
 

Saturday, November 23, 2013

HAK: MESKi TAK BERHAK

Dalam perhubungan cinta especially cinta PLU ni; kita seringkali dengar orang cakap-

'Plu ni tak reti nak setia, semua sama'

'Cinta Plu ni berlandaskan nafsu semata, bukan dari hati yang benar benar cinta.'

'Plu memang senang curang, kau curang; aku curang. Masing masing tak berhak dapat bahagia!'

Dan banyak lagi yang orang cakap pasal ketidakjujuran ketidaktulusan cinta Plu ni. Kat sini aku tertarik dengan statement ketiga. 'Tak berhak dapat bahagia'

Bercakap soal hak; kita sememangnya layak dan ada hak untuk kecapi rasa bahagia. Bahagia dalam kerjaya, dalam hidup, dalam perhubungan meskipun kita sedar bahawa hukum mengariskan bahawa kita tak punya hak untuk menentukan acuan hidup kita dalam versi yang tak diredhai. Kita cukup sedar bahawa bahagia itu hanya hak mereka yang mengikut jalan lurus. Aku bukan nak bebel isu agama, tapi siapa kita untuk mendapat bahagia sedangkan kita tahu Dia sedang melaknat setiap rasa cinta kita? 

Kat sini, aku nak ubah pandangan aku melalui sudut pandangan orang lain; iaitu pasangan kita. Dan sekali lagi aku nak sentuh isu setia (yang entah berapa kali aku sentuh dalam blog aku neh). 

Dalam perhubungan, setia itu satu kewajiban. Dan setia itu yang akan tentukan kebahagiaan kita, samaada kita berhak atau tidak punya hak. Aku bagi satu contoh mudah berdasarkan statement ketiga.

A bercinta dengan B. Si A dan si B masing masing percaya bahawa mereka mampu kecapi bahagia. Akan tetapi, persepsi curang yang dikaitkan dengan cinta PLU membuatkan si A memilih jalan bahagia lain iaitu curang dibelakang si B. Dia tahu yang si B mungkin melakukan hal yang sama sebab pada dia; PLU itu SAMA! Nak dijadikan cerita, si B dapat tahu yang si A ni curang dan bermulalah babak babak patah hati. 

'Kau janji dengan aku yang kau akan jujur dengan aku. Kau janji yang kita akan kekal bahagia.. Tapi kau curang, kau mungkir janji..'

'Aku curang bukan sebab kau tak pandai jaga hati aku. Aku curang sebab aku tahu yang semua PLU dunia akan curang! Aku sama dengan PLU lain dan aku yakin kau pun tak terkecuali. Kau pun mungkin curang dengan aku, siapa tahu??'

'Aku tak pernah curang dengan kau, sebab aku taknak hancurkan kebahagian kita. Aku nak tengok kita bahagia. Bukankah itu yang kita cari dalam perhubungan kita sayang?'

'Dear, kebahagiaan takkan jadi milik pasangan Plu! Sebab cinta kita bertumbuh dari benih nafsu, yang cinta; kasih segala itu hanya mainan mulut semata! Dengar, bahagia itu bukan milik aku. Bukan milik kita! Kita tak berhak dapat bahagia.'

'Meski kau kata kau tak punya hak peroleh bahagia, tapi kau tak boleh nafikan hak aku untuk peroleh bahagia? Siapa kau nak hancurkan kebahagiaan aku? Apa hak kau untuk nafikan kebahagiaan dalam perhubungan kau dan aku? Aku yakin dengan hak aku, yakin yang aku berhak peroleh bahagia sayang..!'

'Kalau kau berhak, aku rela undur diri. Kau carilah bahagia kau tu. Maaf, aku tak berhak untuk bahagia..'

'Berundur diri, bererti kau menghancurkan bahagia aku! Kau menafikan hak aku untuk bahagia..'

-aku tak tahu apa yang aku bebel kat atas. Apa yang aku cuba sampaikan adalah; kita jangan pandai pandai nak terima seseorang dalam hidup kita kalau kita sedar yang kita tak mampu beri bahagia kepada mereka. Persetankan soal diri sebab selama ni kita dah banyak sangat pentingkan diri sendiri. Nilai betul betul kemampuan kita dalam memberi komitmen terhadap sesuatu perhubungan. Jangan sebab kebodohan kita, orang lain yang menjadi mangsa. Sesungguhnya, mereka punya hak untuk merasa bahagia. Oleh itu, jangan nafikan hak mereka.


#ape benda ni semua?? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...